“Ya Rabb Biar Mereka ni Ditelan Bumi Separuh Badan” – Israel Tukar Masjid Bersejarah Palestin Jadi Kelab Malam

Lepas satu-satu kejadian yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin. Terbaru tindakan yang dilakukan Israel ke atas bangunan suci umat Islam mendapat kecaman hebat khususnya masyarakat beragama Islam di seluruh dunia.

Ini disebabkan pihak berkuasa Israel bertindak menjadikan Masjid Al Ahmar di wilayah tersebut sebagai kelab malam. Allahu makin melampau! Memetik dari akhbar Sinar Harian, permohonan untuk menukar masjid bersejarah tersebut sebagai bar dan dewan perkahwinan itu diluluskan Majlis Perbandaran Israel di Wilayah Safed.

Malah zionis Israel ini juga bertindak menukar nama Masjid Al Ahmad yang dibina pada abad ke- 13 itu kepada Khan Al Ahmar. Dah la curi lepas itu siap tukar nama pulak.

Fakta Masjid Al-Ahmar

  • Dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar pada 1223-1227 sebelum Masihi.
  • Diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.
  • Mula-mula dijadikan sekolah kepada anak-anak Yahudi, kemudian jadi pusat kempen pilihan raya Parti Likud kemudian dijadikan kedai pakaian dan akhirnya kelab malam.
  • Al Ahmar dapat nama sebab ia dibina menggunakan batu warna merah.
  • Dulu dibuka untuk solat namun lepas diceroboh ia dibuka untuk semua acara kecuali solat bagi penduduk muslim.

Untuk pengetahuan korang, Safed merupakan penempatan 12,000 penduduk Palestin sebelum mereka dihalau keluar pada 1948 oleh rejim zionis Israel.

Makin melampau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories