Tun M hadir perbarisan peringatan Hari Polis Ke-212

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir perbarisan peringatan Hari Polis ke 212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Dr Mahathir memulakan majlis dengan memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan istiadat dan diikuti dengan lintas hormat panji dan perbarisan semua unit Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Peringatan Hari Polis Ke-212 disambut secara serentak di seluruh negara oleh warga PDRM dan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories