TIPS PILIH SELUAR HIKING

Bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia hiking, pemilihan seluar yang bersesuaian mungkin boleh memeningkan kepala. Berikut merupakan tips pemilihan seluar hiking supaya anda tidak rasa pening lagi 😀

  1. Cepat Kering – Bagi mereka yang sering masuk ke hutan sememangnya sering terdedah kepada air. Jika seluar jenis menyerap akan menyebabkan berat seluar tersebut bertambah. Keadaan ini menyebabkan pergerakan menjadi terbeban seterusnya anda akan jadi cepat penat! Jadi amat penting memilih seluar jenis QUICK DRY ye.
  2. Mudah Meregang (Strechable) – Pemilihan seluar jenis meregang amat penting untuk memudahkan pergerakan kita di dalam hutan. Kain jenis ni jugak tidak cepat koyak. Cari jenis kain yang Strechable Polyester.
  3. Banyak Poket – Kalau seluar banyak poket, nak bawa barang kecil pun senang. Jadi tangan pun tak penuh dengan barang kecil seperti wisel dan sebagainya. Anda pun tak perlu risau barang jatuh. Jadi pemilihan seluar yang mempunyai banyak poket perlu juga diambil kira.
  4. Mudah Dijaga – Seperti sedia maklum, aktiviti hiking senang terdedah kepada pelbagai kotoran seperti lumpur dan sebagainya. Jadi jangan lupa pilih seluar jenis mudah dicuci (EASY CARE) nanti tau.
  5. Pinggang Getah – Anda semestinya ingin menggunakan seluar ini dalam tempoh yang lama. Ini khusus untuk badan jenis cepat naik. Pemilihan seluar dengan pinggang getah amatlah digalakkan.
  6. Tidak Panas (Breathable) – Cuaca panas dan lembap di Malaysia menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Pemilihan seluar yang mempunyai material tidak panas amat penting supaya berasa selesa di dalam hutan nanti.
  7. Ringan – Sesiapa yang membawa beban yang berat, semestinya merasa lebih cepat penat dan pergerakan juga menjadi lambat. Jadi seluar hiking yang ringan sangat membantu aktiviti hiking anda.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu anda memilih seluar terbaik untuk aktiviti hiking anda!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @theniaga

Berminat dengan Barang Taktikal dan Outdoor layari Website http://theniaga.com@theniaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories