TIPS MEMILIH SAIZ DAN SPESIFIKASI HAMMOCK

Produk perkhemahan dulu dan kini sudah banyak berubah. Dari besar menjadi kecil, dari berat menjadi ringan, dari sukar disenangkan. Begitu juga dengan hammock, salah satu cara berkhemah paling efision. Hammock juga sudah banyak berubah, dari segi teknologi material dan lain-lain.

SINGLE ATAU DOUBLE

  1. Single Hammock: Kebanyakan single hammock mempunyai lebar dalam jarak 4 kaki. dan panjang dalam 6-7 kaki. Ia hanya untuk seorang dewasa dengan ruang tidur yang tidak luas. Had berat yang boleh ditampung adalah antara 130 hingga 150kg, dengan kapasiti ultralight lebih kurang 112kg.
  2. Double Hammock: Kebanyakan model mempunyai lebar dalam jarak 5 hingga 6 kaki. Di samping menawarkan pengalaman bersantai atau tidur yang lebih luas daripada single, double hammock memberikan pilihan kepada dua orang untuk berkongsi. Kapasiti dari 190 hingga 230kg. Model ultralight lebih kurang 160kg.

PANJANG

Panjang hammock adalah sekitar 6-7 kaki untuk single dan 7-8 kaki untuk double, namun ada pendapat menyatakan panjang hammock terbaik ialah 2 kaki dari ketinggian anda.

FABRIK

Yang popular kini dipanggil kain parachute iaitu kain payung terjun, diperbuat dari nylon + polyester, untuk lebih detail ia dispesifikasi kan sebagai “denier.” Kain berat mempunyai nombor denier yang lebih tinggi daripada fabrik ultralight.

Sebagai contoh, hammock brand ENO, menggunakan kain 70-denier dalam model yang hi end dan 30-denier dalam model ringan. Makin tinggi denier bermaksud makin kuat fabriknya. Biasanya bergantung pada cara penggunaan, untuk lebih lasak guna denier yang lebih tinggi. Kebiasaannya segala maklumat ini sudah tertulis pada tag atau manual hammock semasa pembelian.

AKSESORI

Kebanyakan aksesori boleh disesuaikan dengan mana-mana jenama hammock, tetapi anda harus membaca penerangan produk dengan teliti dahulu sebelum membeli.

SISTEM GANTUNGAN

Kebanyakan hammock termasuk carabiner yang mempunyai penarafan kekuatan menampung beban yang mencukupi. Dan biasanya tali gantung atau dikenali sebagai webbing akan dibeli secara berasingan. Pastikan tali yang anda beli sekurang-kurangnya 0.75 inci lebar kerana tali nipis boleh menggali ke dalam kulit dan merosakkan pokok.

UNDERQUILT

Apabila malam, hammock akan menjadi sejuk terutama di bawah badan, ini disebabkan kain hammock yang nipis dan bukan bertindak sebagai penebat haba. Satu pilihan adalah menggunakan slip pad dilapikkan ke bawah badan anda. Atau cara lain anda boleh tidur dengan membungkus badan dengan sleeping bag dulu sebelum memanjat buaian.

RAIN TARP / FLYSHEET

Mudah didapati di pasaran, anda ada pilihan dengan menggunakan flysheet biasa (untuk camping) untuk membuat bumbung pada hammock, rain tarp sangat penting untuk mengelakkan anda dari terkena hujan, embun, panas mentari dan angin sejuk.

MOSTUITO NET

Net ini juga sangat penting untuk anda tidur lebih selesa tanpa gangguan nyamuk, agas, dan serangga kecil lain. Untuk lebih selesa cari net yang cover 360 darjah hammock anda. Boleh juga didapati secara berasingan di kedai-kedai camping berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories