Categories: Berita SemasaBlog

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan, berkata ia bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Dengan adanya proses rayuan ini, mereka yang tidak layak masih diberi ruang mengemukakan rayuan berserta dengan dokumen berkaitan untuk pengesahan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/, atau dengan hadir ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN,” katanya.

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei lalu berdasarkan kategori, merangkumi bilangan anak atau tanggungan dan jumlah nilai BSH 2019 yang akan diterima.

Katanya, pembayaran dibuat setelah proses pengesahan dijalankan, membabitkan 3.6 juta penerima yang diluluskan dan setakat ini, jumlah keseluruhan pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 adalah RM2.62 bilion.

“Bayaran fasa kedua ini membabitkan peruntukan RM1.42 bilion, termasuk bayaran untuk tanggungan membabitkan 3.2 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang, kecuali anak orang kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif menangani masalah dan isu yang timbul sepanjang pelaksanaan BSH.

“Kerajaan juga akan sentiasa menambahbaik program BSH bagi memastikan bantuan yang diberikan berkesan dan mencapai kumpulan sasar ditetapkan, terutama golongan B40 dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Kredit: Berita Harian Online

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

3 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

3 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

3 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

3 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

3 months ago

Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian Lepas Makan Isinya

Sekarang ini pergi ke semua tempat di Malaysia tak kisahlah di kampung atau bandar memang banyak gerai yang menjual buah… Read More

3 months ago