Categories: Berita SemasaBlog

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar berlaku dan tidak dapat dikawal, pihak bomba akan dihubungi bagi mengatasi kebakaran tersebut supaya tidak menjadi lebih teruk. Pihak bomba yang bergegas ke tempat kebakaran akan membawa trak bomba yang telah dimuatkan dengan sejumlah air untuk memadam api. Namun, di sebalik itu, pernahkah anda terfikir mengapakah trak bomba dicat dengan warna merah.

Terdapat segelintir orang yang berpendapat bahawa warna merah merupakan simbolik terhadap kecemasan seperti kebakaran yang berlaku, namun warna merah pada trak bomba mempunyai alasannya yang tersendiri.

Pada era tahun 1990-an, jalan raya dipenuhi dengan kenderaan iaitu kereta jenama Ford yang kebanyakannya berwarna hitam. Warna tersebut digunakan kerana dapat tahan lama dan kos yang minima. Disebabkan ketika itu jalan raya dipenuhi dengan kenderaan berwarna hitam, sukar untuk membezakan trak bomba sekiranya dicat dengan warna hitam. Pemandu trak bomba akan mengalami kesulitan kerana pemandu kereta yang lain tidak menyedari kewujudan trak bomba yang sedang bergegas ke tempat kebakaran.

Disebabkan itu, trak bomba dicat dengan warna merah agar pemandu-pemandu lain dapat melihat kenderaan besar tersebut dalam jarak yang jauh. Oleh itu, pastinya mereka akan bersedia untuk memberikan laluan kepada trak tersebut supaya perjalanannya menjadi lancar.

Selain itu, warna merah juga digunakan kerana sudah dikenali sebagai warna yang melambang kepada bahaya. Warna merah yang menonjol juga akan membuatkan pengguna jalan raya bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan. Disebabkan itu, tanda ‘berhenti’ pada setiap simpang jalan dicat dengan warna merah.

Warna merah yang terdapat pada trak bomba sememangnya mempunyai maksud dan sejarah yang tersendiri. Oleh itu, pengguna jalan raya sangat dinasihatkan untuk bertolak-ansur sekiranya melihat kenderaan tersebut dan memberi laluan kepadanya.

Sumber: ScienceABC

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

4 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

4 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

5 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

5 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

5 months ago

Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian Lepas Makan Isinya

Sekarang ini pergi ke semua tempat di Malaysia tak kisahlah di kampung atau bandar memang banyak gerai yang menjual buah… Read More

5 months ago