Categories: Berita SemasaBlog

Saman Akan Dikeluarkan Kepada Perokok Degil Mulai Oktober

Kepada semua perokok di luar sana, ingat tau mulai Oktober anda bakal dikenakan saman jika merokok di premis makanan.

Kementerian Kesihatan mengingatkan perokok bahawa tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di kedai makan dan restoran berakhir Julai ini.

Menurut Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata selepas tempoh itu pihak kementerian akan mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman kepada perokok yang masih berdegil.

“Setakat ini kita belum mengeluarkan sebarang saman kepada mereka yang melanggar peraturan berkenaan tetapi mulai Julai, kita akan ambil tindakan tegas, dalam tempoh itu juga penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

“Kita minta orang ramai bekerjasama kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan, selain itu kita berharap perokok mengubah sikap mereka. Merokoklah di luar kawasan larangan merokok atau lebih tepat, kurangkan merokok.

“Sekiranya mereka nekad untuk berhenti merokok, sebanyak 731 Klinik Kesihatan ada menyediakan khidmat untuk berhenti merokok dan 46 hospital turut menyediakan khidmat secara percuma.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus antara kementeriannya dengan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) di sini hari ini.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, di mana perokok yang melanggar peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu, namun Kementerian Kesihatan memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

2 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

2 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

2 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

2 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

2 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

2 months ago