Categories: Berita SemasaBlog

Rotan: Ibu pelajar tarik balik laporan polis

PASIR GUDANG – Polis Johor mengesahkan ibu kepada pelajar perempuan yang dirotan oleh gurunya baru-baru ini, telah menarik balik laporan polis dibuat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, walaupun penjaga pelajar terbabit berbuat sedemikian, pihaknya tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Berkaitan dengan kes rotan yang mana seorang pelajar kena pukul dengan guru dia, repot memang sudah dibuat. Kita siasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, ibu kepada pelajar tersebut telah mengambil keputusan untuk menarik balik repot. Mungkin dia ada perbincangan.

“Dalam aspek itu, itu adalah urusan peribadi. Tetapi urusan pihak polis, siasatan diteruskan,” katanya pada sidang media Majlis Penghargaan Sempena Pertukaran Ketua Polis Johor anjuran Persatuan Polis Bantuan Kontinjen Johor dan Agensi Polis Bantuan Johor di EcoWorld Business Centre, Eco Tropics di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki berikutan anak perempuannya dirotan.

Dalam rakaman itu guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya.

Sumber: SINAR HARIAN

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

2 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

3 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

3 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

3 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

3 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

3 months ago