Pukul 9 pagi sudah bungkus nasi

SEORANG lelaki warga Pakistan (kanan) diambil keterangan selepas ditangkap ketika membeli nasi bungkus di sebuah kedai makan dalam Ops Ramadan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sekitar Melaka Tengah, pagi semalam. – UTUSAN ONLINE

MELAKA 7 Mei – Walaupun belum sampai sehari umat Islam menyambut puasa, tindakan beberapa individu yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan apabila sanggup membeli nasi bungkus pada pukul 9 pagi amat dikesali.

Dalam Ops Ramadan yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pagi ini, dua lelaki termasuk seorang lelaki warga Pakistan dikesan membeli nasi bungkus di sebuah kedai makanan di sekitar Melaka Tengah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya mengeluarkan surat saman untuk hadir memberi keterangan di pejabat JAIM kepada limaumat Islam yang tidak berpuasa.

“Dua daripada mereka diambil tindakan ketika merokok, manakala dua lagi sedang membeli makanan termasuk seorang warga Pakistan serta seorang melibatkan peniaga makanan.

“Kesemua mereka yang berusia antara 35 hingga 57 tahun melakukan kesalahan mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka kerana tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Ops Ramadan semalam. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories