Categories: Berita SemasaBlog

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof (PH-Alor Gajah) berkata, kereta terbang berkenaan akan dipacu oleh teknologi tempatan selain tidak menggunakan peruntukan wang kerajaan.

“Sukacita saya memperingati ahli Dewan projek air mobolity prototaip kereta terbang ini tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat. Ia adalah inisiatif daripada beberapa syarikat persendirian dan kita kena sentiasa menjalinkan hubungan dengan syarikat persendirian supaya industri ini dirangsang selari dengan pembangunan industri antarabangsa,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-Pasir Puteh) yang bertanyakan mengenai perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang. Mohd Redzuan berkata projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.

Kalau kita tidak sediakan ruang maka kita akan ketinggalan. Sebab itu kita membabitkan segala usaha agar anak tempatan dapat membangunkan industri berkenaan,” katanya. Katanya lagi, industri berkenaan bergerak dengan cepat, justeru kerajaan perlu mengambil insiatif segera agar negara tidak ketinggalan dalam perkembangan industri itu. – SH Online

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

3 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

3 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

3 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

3 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

3 months ago

Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian Lepas Makan Isinya

Sekarang ini pergi ke semua tempat di Malaysia tak kisahlah di kampung atau bandar memang banyak gerai yang menjual buah… Read More

3 months ago