KASUT TAKTIKAL TYPHOON TERUJI UNTUK TUGAS BERAT
Kasut taktikal Typhoon yang mempunyai ciri-ciri zip tepi, bertali, ringan dan tahan lama membantu mereka dalam melaksanakan tugas operasi taktikal. Ciri zip tepi membuatkan kasut mudah untuk dipakai dan dilepaskan, memudahkan penggunaan dalam situasi yang memerlukan tindakan yang cepat. Design baru kasut taktikal Typhoon menawarkan rekaan yang menarik dan moden, memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih kasut yang sesuai dengan citarasa dan gaya mereka. Kasut Typhoon yang ringan menjadikan penggunaan kasut lebih selesa, khasnya semasa aktiviti lama atau memerlukan mobiliti yang tinggi.
Kebaikan
- Kekuatan dan ketahanan: Bahan dan rekabentuk kasut yang tahan lasak menjadikannya boleh digunakan dalam situasi yang mencabar, terutamanya dalam situasi operasi taktikal yang mengambil masa yang lama.
- Penampilan: Kasut Taktikal Typhoon mempunyai penampilan yang kemas dan bergaya, jadi ianya boleh digunakan untuk acara formal dan tidak formal.
- Sifat tahan air: Kasut yang tahan air dapat memberikan keselesaan kepada pengguna kerana ia mampu memastikan kaki kekal kering walaupun berada dalam keadaan lembap. Ini adalah penting terutamanya dalam cuaca hujan atau ketika melakukan aktiviti di air. Kasut Typhoon mudah dijaga dan dibersihkan. Sebagai contoh, kasut dengan lapisan tahan air dan minyak hanya perlu dibersihkan dengan tisu lembap atau lap menggunakan kain basah. Kasut tahan air dan minyak juga biasanya dilengkapi dengan tapak kasut yang mempunyai ciri-ciri anti-slip, menjadikan mereka sesuai untuk digunakan di tempat-tempat yang licin.
Maklumat Produk
- Zip Tepi
- Bertali
- Ringan
- Tahan Lama
- Cengkaman tapak kuat
- Design Baru
- Tahan Lasak
- Ketinggian : 8 Inci