Description
Direka untuk jejaka berkaliber dan berkelas, Kasut GD 19901 (Kulit Kilat) adalah definisi kemasan profesional tanpa sebarang usaha.
Ini adalah but 7-inci yang menyelesaikan dua masalah utama anda:
-
Jimat Masa Pakai: Rekaan zip sisi membolehkan anda 'zip dan jalan'. Tiada lagi pening melilit dan mengikat tali.
-
Jimat Masa Jaga: Material kulit kilat (patent leather) premium hanya perlu dilap dengan kain untuk bersinar serta-merta. Tak perlu polish!
Dihasilkan 100% daripada kulit lembu (full leather) dan buatan tangan, ia menjamin kualiti, keselesaan, dan ia kalis air. Tapak getah yang tahan lasak memberi keyakinan pada setiap langkah.
Sesuai untuk kegunaan badan beruniform (PDRM) untuk majlis rasmi, kawad, atau tugas pejabat yang memerlukan penampilan 'sharp' sepanjang hari.