Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad

Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad 1

Kecoh baru-baru ini di media sosial yang mengatakan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengubah logo pasukan keselamatan tersebut dengan menggugurkan kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW.

Menurut sebuah tweet yang viral, satu screenshot posting FB menunjukkan poster yang menuduh Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menjadi punca mengapa logo tersebut membuang kalimah suci tersebut.

Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad 2

Bukan gugur kalimah, sebenarnya ada dua jenis logo?

Pun begitu, pihak PDRM kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa logo pasukan keselamatan itu telah diubah dengan menggugurkan kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW.

Menurut Astro AWANI, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad menjelaskan bahawa pihaknya telah menetapkan 2 garis panduan bagi penggunaan logo ini yang telah berkuatkuasa semenjak tahun 2014 lagi sewaktu kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berikut 2 panduan yang dipraktikkan PDRM:

Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad 3
Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad 4

“Memang tak patut letak kat baju. Kadang-kadang terlupa bawa masuk tandas. Kan tak elok”

Walau bagaimanapun, mujur la berita seperti ini tak ramai yang ambil serius sangat dan faham yang rupanya pakaian mengandungi kalimah suci memang tak boleh dibawa masuk ke dalam tandas.

Apa-apa pun diharapkan berita ‘fitnah’ macam ni patut stop dari tersebar sebab takut akan memberi persepsi negatif kepada badan beuniform macam polis.

Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad 5

Sumber: Facebook

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Main Menu