Categories: Berita SemasaBlog

Pintu EMRS diterajang kena badan Adib


Lawatan Mahkamah Koroner untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lokasi kejadian rusuhan dan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di Balai Bomba Subang Jaya, Selangor pada 12 Februari lalu

SHAH ALAM –  Daun pintu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) diterajang lebih dari seorang individu sebelum terkena Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Itu pandangan saksi ke-29 inkues kematian anggota bomba berkenaan yang juga bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid.

Beliau membuat rujukan dan laporan berdasarkan kecederaan yang dialami Adib dan lakonan semula bersama-sama pasukan bomba.

“Ada beberapa orang di situ meluru nampak mangsa di bahagian hadapan terus tarik dia keluar, arah tarikan tadi itu adalah keluar dan ke bawah lebih kurang 45 darjah.

“Bila macam itu sagat di pinggang belakang oleh latcher . Kepala dia keluar dari pintu baru daya impak daripada pintu kena bahu kanan lepas itu daya tarikan tegak ke atas impak sekali lagi pintu kena ruang tombol getah berbentuk tiga segi daripada daun pintu.

“Daun pintu melantun keluar dan ditendang sekali lagi atau orang pertama tendang diikuti orang kedua kena lagi sekali (tendang) yang tarik tadi mangsa hentak ke daun pintu ini mungkin statik atau bergerak sedikit.

“Bila dihentak cukup kuat mematahkan tulang rusuk satu sampai tujuh belakang kirinya,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Shahrom mengukuhkan laporannya berdasarkan dapatan kecederaan di bahu kanan Adib yang turut menunjukkan corak segi tiga yang terhasil daripada tombol getah yang berada di bahagian hujung daun pintu yang selepas kejadian itu telah tertanggal.

Lakonan semula melibatkan anggota bomba dan kenderaan yang terlibat yang dibuat Shahrom berdasarkan bukti yang dibentangkan di mahkamah sebelum ini.

Malah beliau berpendirian Adibjuga diheret kenderaan EMRS selepas jatuh.

“Kemudian Adib jatuh ke jalan raya terus pegang kolar baju Adib tarik heret Adib jadi lakonan semula itu saya berpendapat yang saya buat benar untuk sains forensik masa kini,” tambahnya.

Kejadian itu menurutnya boleh berlaku hanya dalam masa lima hingga lapan saat, sewaktu EMRS mengundur.

Mengulas lanjut, Adib tidak akan mengalami kepatahan tulang rusuk di dada kanan dan juga sebelah belakang  jika terhumban mengenai bahu jalan atau objek yang lebar.

“Dalam hal ni tak boleh patah langsung (jika terhumban ke bahu jalan). Saya berpendapat dalam hal ini tidak cukup daya untuk mematahkan.

“Kalau mengundur laju betul-betul, dan dia berdiri di situ langgar begitu akan terpelanting maksudnya daya sangat kuat tapi dalam hal ini lakonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) saya banding Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) punya CCTV dan video mengundur ke belakang (FRT dan EMRS) jadi tak begitu kuat mangsa terpelanting untuk terhempas ke bahu jalan dan mematahkan bahagian depan dada,” ujar Shahrom.

Shahrom adalah saksi yang dipanggil oleh peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Malah patah di kedua-dua belah tidak akan terhasil jika seseorang jatuh daripada satu kawasan tinggi, kata beliau lagi.

Turut hadir dalam kamar mendengar keterangan bekas pakar forensik yang pernah menjadi saksi di Mahkamah di London dan beberapa kes di dalam negara itu adalah Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dan Ketua Jabatan Forensik Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood.

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

2 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

2 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

2 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

2 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

2 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

2 months ago