Categories: Blog Tips Terbaik

Petua Halau Haiwan Perosak di Rumah

Serangga seperti semut, lipas dan cicak sering dijumpai di dalam rumah. Walaupun serangga ini tidak berbahaya namun ia masih lagi serangga perosak yang boleh memudaratkan kesihatan kalau dibiarkan.

Bukan itu sahaja, serangga-serangga tersebut bukan sahaja membiak di dalam laci rumah anda malah mengotorkan dengan tahi-tahi yang meninggalkan kesan kotor.

Penggunaan racun serangga dengan kerap tidak baik untuk kesihatan anda. Kami kongsikan beberapa petua mudah untuk menghalau semut, lipas dan cicak di rumah anda.

i) Semut

1. SERBUK KUNYIT

Taburkan pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, selalunya di tepi dinding. Halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.

2. DAUN SIRIH

Taburkan daun sirih yang sudah disiat-siat pada kawasan laluan semut atau di tempat semut berkumpul.

3. MINYAK MASAK

Lap balang gula, keliling meja, kaki meja dan kaki kabinet dapur atau bahagian yang sering didatangi semut.

4. KULIT TELUR

Hancurkan kulit telur  dan bakar. Selepas itu taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.

ii) Lipas

1. LEMON

Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap didatangani lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet  dapur. Cara ini juga untuk membantu menyegarkan bau kabinet dapur anda.

2. DAUN PANDAN

Hiris nipis daun pandan dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

3. BUAH PELAGA DAN KULIT KAYU MANIS

Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.

4. SERAI WANGI

Lipas bencikan bau wangi. Anda boleh ambil beberapa batang serai yang telah disiat-siat kemudian letakkan di bahagian yang selalu ada lipas seperti dalam kabinet. Lipas tidak akan “berkunjung” ke situ lagi.

5. MINYAK MASAK

Letakkan semua bahan dalam satu bekas iaitu minyak masak yang telah diguna, Susu pekat lemak manis berkrim Marjerin

iii) Cicak

1. KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk mengelak cicak dari memasuki rumah anda.

2. BAWANG

Cicak benci bau bawang putih dan bawang merah. Gantung atau letak bawang di tepi tingkap atau pintu rumah anda. Anda juga boleh kisar bawang bersama sedikit air dan semburkan air bawang tersebut di sekeliling rumah.

Sekiranya petua-petua ini tidak memberi kesan, anda perlulah memanggil mereka yang pakar dalam membantu menangani masalah ini.

Walaupun anda mengamalkan petua-petua tersebut, kebersihan rumah merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Sekiranya rumah tidak bersih, ia akan memberi kesan kepada banyak aspek yang lain seperti kesihatan dan keselesaan ahli keluarga.

Jadi, wujudkan aktiviti pembersihan rumah bersama anak-anak setiap hujung minggu untuk elakkan rumah anda didatangani serangga perosak.

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

  • Berita Semasa
  • Blog

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

1 week ago