Pelajar sekolah rempuh polis

Motosikal ditunggang suspek yang dipercayai dicuri – FOTO ihsan polis

REMAJA lelaki diberkas selepas merempuh anggota polis ketika diperiksa di Jalan Sri Wangsa, Batu Gajah, petang semalam.

Dalam kejadian 5.10 petang itu, remaja berusia 14 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan dalam Op Lejang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan seorang remaja yang menunggang motosikal jenis Honda C70 warna biru.

“Ketika hendak ditahan, suspek bertindak cuba melarikan diri dan melanggar seorang anggota polis namun berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal mendapati enjin motosikal berkenaan sudah dicanai dan diusik serta dipercayai motosikal curi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota polis yang dirempuh remaja terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semakan mendapati remaja berkenaan ialah pelajar sebuah sekolah menengah di Batu Gajah dan tinggal di taman perumahan berhampiran lokasi dia diberkas.

“Remaja berkenaan tiada rekod lampau dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories