Tentang Kami
Asal-Usul Penubuhan Theniaga.com
Setiap bisnes dan syarikat yang ditubuhkan semestinya mempunyai sejarah yang tersendiri
Theniaga adalah kedai taktikal online yang dimiliki oleh MNR BRAND RESOURCES (TR0127691-A) yang memasarkan dan menjual produk-produk outdoor dan taktikal. Theniaga telah diasaskan dan ditubuhkan pada Oktober 2016. Semenjak itu, syarikat telah berkembang setiap hari dan berusaha untuk menjadi salah satu penyedia barangan taktikal secara online kepada penggermar-penggemar aktivit lasak di luar sana.
Apa yang dijual di Theniaga?
Di Theniaga, syarikat memilih untuk menjual barangan taktikal yang merangkumi baju beruniform, kasut dan but taktikal, serta kelengkapan untuk aktiviti luar,
Kenapa harus memilih TheNiaga?
Kawalan Kualiti – Syarikat memastikan setiap barangan yang dikeluarkan daripada stok-stok akan diperiksa satu-persatu oleh pekerja sebelum ianya dipos atau sampai ke tangan pembeli. Ini adalah jaminan kami dan sekiranya terdapat beberapa kecacatan (seperti yang dipersetujui dalam terma dan syarat syarikat) pada produk, syarikat akan menggantikan produk tersebut.
Khidmat Mesra Pelanggan – Syarikat mempunyai bilangan staf yang mencukupi untuk menjawab segala pertanyaan daripada pelanggan. Sekiranya terdapat pertanyaan oleh pelanggan diluar waktu urusniaga, staf kami akan sentiasa bersedia untuk anda.