Ngeri! Tangan Atlet Wanita Patah Beberapa Tempat Ketika Angkat Berat 107kg

Tak sampai seminggu admin baca berita pasal ahli gimnastik patah kaki, kali ini atlet olimpik angkat berat pula alami insiden yang sama.

Seorang atlet angkat berat wanita alami insiden mengerikan apabila lengannya patah beberapa tempat ketika dia cuba mengangkat besi seberat 107kg.

Kejadian ini berlaku semasa Gaelle Nayo-Ketchanke bertanding mewakili Perancis untuk kategori wanita 76kg pada Pertandingan Angkat Berat Eropah di Batumi, Georgia.

Menurut akhbar The Sun, Gaelle sedang melakukan percubaan ketiga untuk mengangkat berat 107kg apabila sikunya tak dapat menahan tekanan lalu bengkok ke belakang dan patah. Ouch!

Kalau korang tengok video kat atas ni, badan Gaelle berada pada posisi yang betul tapi bila dia cangkung dan cuba angkat berat, tangannya tiba-tiba ke belakang. Wanita ini terus menjatuhkan besi angkat berat tersebut dan baring di lantai sambil menjerit kesakitan.

Pasukan kecemasan bergegas ke gelanggang untuk membantu atlet malang ini dan membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Laporan dari pasukan Perancis mengatakan tangan kiri Gaelle patah dua tempat dan sikunya terkehel.

Walaupun Gaelle tak berjaya untuk berat 107kg, wanita ini berjaya mendapat pingat gangsa untuk berat 103kg.

Selepas kejadian, Gaelle memuatnaik gambarnya dengan tangan berbalut untuk mengucapkan terima kasih kepada staf dan rakan-rakannya kerana bertindak pantas untuk menyelamatkannya. Beliau akan pulang ke Perancis untuk menjalani rawatan lanjut.

Beliau juga berharap dia boleh pulih dari kecederaan ngeri ini sebelum sukan Olimpik tahun hadapan di Tokyo, Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories