“Motor tu motor bini dia!” Peragut Takut Bini Habis Digelakkan Satu Balai, Menangis Merayu Gara-gara Mangsa Report Polis

Menerusi perkongsian mangsa ragut bernama Ayus di Facebook pada Jumaat lepas, dia telah berhadapan dengan situasi diragut ketika berada di hadapan Hong Leong Bank dekat pekan lama Kuala Selangor.

Pun begitu, Ayus nampaknya ‘bernasib baik’ jugalah kerana peragut tersebut lari meninggalkan motornya tanpa mematikan enjin di tempat kejadian. Situasi ini memberi Ayus peluang untuk bawa motor itu ke balai polis dan buat laporan.

Tapi apa yang mengejutkan Ayus ialah keadaan peragut tersebut bila sampai di balai polis. Peragut tu menurut Ayus menangis tersedu sedan kerana motosikal yang digunakan untuk meragut tu milik isterinya.

Rata-rata netizen yang membaca posting ni pun macam tak percaya wujud pulak sejenis penjenayah yang takut bini. Mesti bini jenis garang habis ni. Tulah siapa suruh meragut guna motosikal isteri.

Sumber: Facebook

Admin harap peragut tersebut bertaubatlah daripada kesalahan yang dilakukannya. Mintak-mintak isterinya marah kaw-kaw punya sampai dia serik nak meragut dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories