MH17: Suspek nafi pemberontak Ukraine dalang tembak jatuh pesawat

MH17: Suspek nafi pemberontak Ukraine dalang tembak jatuh pesawat 1

Salah seorang suspek utama yang dinamakan dalam insiden menembak jatuh pesawat MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di ruang udara Ukraine, hari ini menafikan pemisah pro Russia adalah dalang serangan peluru berpandu itu.

“Saya hanya boleh berkata bahawa pemberontak tidak menembak jatuh Boeing,” kata Igor Strelkov, juga dikenali sebagai Igor Girkin yang memberitahu agensi berita Russia, Interfax.

Hari ini, Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) berkata mereka mengeluarkan waran tangkap terhadap Girkin dan tiga suspek lain kerana menembak jatuh pesawat MH17 pada Julai 2014.

Pasukan yang diketuai kerajaan Belanda berkata, pihaknya akan mendakwa tiga warga negara Russia iaitu Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov selain seorang warga negara Ukraine iaitu Leonid Kharchenko dan meletakkan mereka dalam senarai dikehendaki di peringkat negara dan antarabangsa. – AFP

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Main Menu