Selain PUBG Mobile, Mobile Legends juga menjadi antara permainan e-sukan yang popular dalam kalangan anak muda di negara ini.

Pembangunnya, Moonton sebelum ini dikatakan bercadang untuk mengadakan satu kejohanan peringkat dunia bagi permainan itu pada tahun hadapan.

Jika perancangan itu menjadi kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bahawa pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Malaysia sebagai penganjur bagi Piala Dunia Mobile Legends itu nanti.

Berkata kepada sumber, beliau memberitahu bahawa kementeriannya akan menyemak dengan Majlis Sukan Negara(MSN) dan persatuan e-sukan terlebih dahulu.

Mobile Legends adalah permainan jenis multiplayer online battle arena atau MOBA yang mana dua kumpulan  yang mengandungi lima pemain akan berlawan sesama sendiri dalam usaha memusnahkan kem pasukan lawan.

Ia sememangnya popular di benua Asia Tenggara namun popularitinya di benua lain seperti Eropah dan Amerika juga dilihat sedang meningkat naik ketika ini.

Sumber: Bernama

Shop By Categories