Malaysia Bakal Menjadi Antara Negara Terawal Asia Menerima Rangkaian 5G

Setelah beberapa percubaan dan usaha sebelum ini, pada hari ini SKMM melalui laman rasmi mereka telah mengumumkan dimana Malaysia bakal menjadi negara terawal yang menerima rangkaian 5G bagi menawarkan internet yang lebih pantas buat para pengguna.

Penawaran teknologi ini secara tidak langsung bakal meningkatkan produktiviti pengguna bersesuaian dengan industri revolusi 4.0. Menurut SKMM, teknologi 5G ini bakal dicuba di Putrajaya pada 18 April 2019 ini sebelum dibuka pada umum bermula 20 April ini.

Selain itu, beberapa syarikat dan institusi bakal turut menjayakan aturcara ini termasuk Celcom, Digi, Huawei, Maxis, Nokia, TM, UTM dan ZTE.

Bersempena dengan pencubaan rangkaian internet 5G ini pastinya ramai yang berharap teknologi internet pantas ini bakal ditawarkan rangkaiannya yang seluruh tempat dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun, penawaran rangkaian ini bakal ditawarkan secara berperingkat bersesuaian dengan arus teknologi telefon pintar semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories