Categories: Berita Semasa Blog

Lelaki kudung kaki dipenjara tiga tahun pecah masuk rumah

IPOH 17 April – Seorang lelaki yang kudung kaki kanan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memecah masuk sebuah rumah di Parit dan mencuri pelbagai barangan berjumlah RM10,000 bulan lalu.

Hakim Azman Abu Hassan turut memerintahkan Khairul Amri Ulul Azmi, 33, untuk menjalani hukuman tersebut bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 2 April lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki orang kurang upaya (OKU) itu didakwa melakukan pecah rumah dengan niat mencuri barang iaitu wang tunai berjumlah RM520, tabung mengandungi wang syiling dan kertas bercampur, seutas jam tangan jenis Casio, tiga utas rantai leher emas, tiga bentuk cincin emas dan sebuah telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000.

Lelaki yang merupakan penganggur itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Telok Manis, Layang-Layang Kiri di Parit antara pukul 12 tengah malam sehingga 3 pagi pada 24 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda dan jika kesalahan mencuri, boleh dipenjara sehingga 14 tahun manakala bagi kesalahan kedua dan berturut-turut, boleh juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

  • Berita Semasa
  • Blog

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

2 weeks ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

2 weeks ago