Latihan Komando Kejam?

Datang mu tak diundang jika ragu sila pulang. Ramai yang di antara kita mengatakan latihan komando agak zalim dan kejam. Sebenarnya bukan kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak.

Sebuah stesen TV tempatan pernah mensensasikan klip video latihan komando sehingga kecoh la masyarakat dengan pelbagai pendapat, pandangan, sehingga disela dengan kutukan, hinaan dan saranan yang pelbagai mengenai latihan komando yang dipaparkan.

Ramai juga penonton yang menyuarakan bantahan keatas latihan keras dan kasar kerana didakwa tidak menghormati hak asasi manusia. Konon nya latihan keras itu boleh menjatuhkan maruah manusia dan menganiayai fizikal manusia dan amat tidak wajar.

Bagi teman, ini semua adalah benda-benda poyo yang tidak spatutnya disensasikan hanya warganegara yang jahil muraqab sahaja bertindak mempersoalkan teknik latihan komando.

Mungkin rakyat kita dah terdedah dengan latihan tentera yang happy macam filem Hong Kong dan Hollywood, siap cintan cintun bagai.

Ada kemungkinan juga mereka ini (yang menentang teknik latihan) inginkan cara latihan sekadar berkawad dan latihan menembak ala-ala kadet remaja atau PLKN Yob sahaja.

Komando memang amat memerlukan latihan keras … lagi keras, lagi ganas maka lagi bagus. Ini kerja orang jantan, bukan kerja anak emak.

Semasa Perang Vietnam, para anggota juruterbang USAF yang menerima latihan yang amat keras telah menunjukkan kejayaan latihan tersebut. Semua juruterbang tersebut kebal dan kalis dari penganiayaan, propaganda dan brainwashing dari pihak tentera Vietnam Utara walaupun ditawan selama bertahun-tahun serta diseksa dengan teruknya.

Komando tentera darat Israel yang ditawan oleh tentera Arab semasa Perang Yom Kippur pun tak bukak mulut langsung walau diseksa macam-macam tentang operasi dan rahsia askar Israel, sebaliknya pula, askar biasa yang kurang mendapat deraan semasa latihan dengan senangnya akan membocorkan rahsia ketenteraan dengan deraan dan gertakan yang berterusan.

Tanpa latihan bertaraf gila seperti yang dipaparkan itu, siapakah yang sanggup bertahan dalam suasana gila di kem tahanan perang, ketika beroperasi berseorangan di kawasan hutan tebal dan keadaan sukar di medan? Biarkan lah Jurulatih yang terlatih kita itu menjalankan tugas mereka.

Sumber : Koperasi Veteran 69 Komando

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories