Kipas Dah Makin Slow?Haa Ada Cara Nak Lajukan!

Korang mesti perasan kan kipas ni kalau makin lama makin slow? Kalau yang dah pakai lama confirm slow. Dulu masa beli buka volume 1 pun dah rasa kuat, sekarang buka volume sampai 5 baru la rasa angin kipas tu. Nah admin nak sahre macam mana nak bagi laju balik.

First sekali cuba rajinkan diri ambil tangga dan panjat, tengok kipas rumah masing-masing. Lepas tu angkat cawan yang terlangkup tu, kemudian tengok capacitor (kotak hitam) dia. Cuba tengok bacaan Faraad die tu dan biasanya antara dua, 2.5 microF ataupun 2.0 microF.

Boleh refer gambar ni 🙂

Bolehlah ke kedai hardware berdekatan untuk beli. Tak mahal pun harga dalam RM5 – RM8 je. Lepas tu boleh la tukar yang lama tu. Sediakan tape hitam, screwdriver yang tip dia halus dan gunting.

Tapi jangan lupa switch off power supply pulak, keselamatan penting tau. Kalau nak kipas lagi laju, gunakan farad yang lagi besar. Cuma jangan la yang besar sangat, nanti bearing kipas yang tak dapat withstand pulak 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories