Categories: Berita Semasa Blog

Kes tangkapan ular meningkat

Faktor peningkatan kes membabitkan tangkapan ular ini ialah keadaan cuaca yang terlalu panas. – Foto hiasan

SUNGAI PETANI: Kes tangkapan ular di sekitar daerah Kuala Muda meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (Pertahanan Awam), Azahar Ahmad, berkata jumlah kes pada Januari dan Februari tahun lepas ialah sebanyak 174 kes, meningkat 34 kes pada tahun ini kepada 208 kes.

“Kita dapati antara faktor peningkatan kes membabitkan tangkapan ular ini ialah keadaan cuaca yang terlalu panas, selain faktor sampingan seperti habitat mereka diganggu, diceroboh atau dimusnahkan.

“Kes-kes yang diterima pula kebanyakannya membabitkan ular sawa batik serta ular berbisa seperti tedung selar,” katanya, ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Azahar turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada pada setiap masa selain memastikan kawasan rumah bersih daripada sampah yang boleh menjadi ‘rumah’ kepada reptilia terbabit.

“Berhati-hati semasa hendak memakai kasut serta semasa menggunakan tandas kerana dibimbangi reptilia terbabit berada di situ untuk menyejukkan badan atau berteduh.

“Sentiasa pastikan tingkap, pintu rumah atau lubang pada pintu bertutup bagi mengelakkan ular menyusur masuk ke dalam rumah, serta periksa bahagian enjin kereta yang merupakan tempat ular sering menumpang teduh,” katanya – BERNAMA

Recent Posts

  • Berita Semasa
  • Blog

Perangai bukan macam pelajar

KUALA LUMPUR: Kehadiran pendatang dari benua Afrika di beberapa kawasan tumpuan menggusarkan penduduk yang mendakwa mereka sering menyebabkan gangguan ketenteraman… Read More

5 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

30 gerai di Jalan Masjid India terbakar

Kebakaran di gerai di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat… Read More

5 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Kapten pencuri beg mewah

PEGAWAI tentera berpangkat kapten ditahan, Khamis lalu, selepas memecah masuk sebuah kedai menjual beg tangan berjenama di pusat beli-belah di… Read More

6 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Cadang potong gaji bantu anak yatim

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) bercadang membuat pemotongan gaji kakitangan secara sukarela untuk disalurkan kepada Yayasan ATM bagi membantu anak yatim… Read More

6 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

‘Hati Tenang Dapat Bantu…”, Mulianya Hati Husin, Bersihkan Taiping Setiap Hari Walau Tak Berupah

Melihat keadaan tepi jalan atau laluan pejalan kaki yang dipenuhi sampah sarap dan dedaunan mungkin tidak mendatangkan apa-apa rasa kepada… Read More

1 week ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Baju Kalis Api Dijadikan Sejadah, Foto ‘Abang Bomba’ Solat Dan Berbuka Ketika Bertugas Buat Netizen Sebak

Sewaktu kita sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga di rumah, ketahuilah bahawa ada di antara kita yang kehilangan nikmat… Read More

1 week ago