Keluar Kenyataan ‘Tak Sensitif’, Remaja Pecahkan Telur Di Kepala Senator Australia

Senator Fraser Anning diserang ketika sedang bercakap kepada media pada mesyuarat politik di Moorabbin, Melbourne.

Rakaman kejadian menunjukkan seorang remaja lelaki yang sedang menyaksikan Senator dari luar sebelum dia mengambil telefon bimbit daripada poket dan merakam dirinya memecahkan sebiji telur di belakang kepala Anning.

Sebagai tindak balas, Anning menghayunkan dua tumbukan kepada remaja berkenaan.

Seorang pengacara kemudian memisahkan perbalahan itu dan polis bertugas membawa keluar remaja terbabit.

Petisyen Change.org turut dibuat bagi menyeru orang ramai untuk menurunkan Anning dari parlimen dan setakat ini seramai lebih 290,000 telah menandatanganinya.


Ia dikatakan turut dirangka ekoran tindakan senator itu dalam satu kenyataannya yang bersifat berat sebelah.

Perdana Menteri, Scott Morrison turut mengecam tindakan senator tersebut menerusi satu status di akaun Twitter miliknya.

“Kenyataan oleh Senator Fraser Anning menyalahkan serangan pembunuhan oleh seorang pengganas di New Zealand mengenai imigresen adalah menjijikkan. Pandangan mereka tidak mempunyai tempat di Australia, apalagi Parlimen Australia.”

Sumber: ABC 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories