Categories: Berita SemasaBlog

JBPM Tagih Anggota Wanita

Memang tidak dinafikan tidak ramai dan tidak semua wanita mampu menggalas tugas berat seperti yang boleh dilakukan oleh lelaki. Namun ramai yang dil luar sana yang mampu melakukannya disebabkan tidak berpeluang dan tidak tahu cara untuk memohon menjadi srikandi negara.

Terbaru, kerajaan menggalakkan supaya lebih ramai golongan wanita dapat menyertai perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) . Bayangkan daripada 40,000 anggota bomba di negara ini, hanya sekitar 700 anggota bomba terdiri daripada golongan wanita.

Walaupun ramai melihat terdapat keterbatasan golongan wanita dalam kerja dan menyelamat, ia bukanlah penghalang bagi golongan ini untuk bergerak seiring dengan anggota lelaki.

Tidak semestinya tugasan anggota bomba hanya membabitkan tugasan berat seperti memanjat bangunan dan sebagainya. Ada tugasan di lapangan atau ‘ground’ di mana golongan wanita ini boleh laksanakan seperti kaunseling, kesedaran awam dan langkah pencegahan serta latihan ringan mencegah kebakaran kepada suri rumah tangga.

Kalau kita lihat, ramai calon bomba wanita gagal terutama dalam ujian memanjat tali pada bangunan sehingga menyukarkan pengambilan anggota daripada golongan berkenaan.

Diharapkan pihak JBPM dapat mempertimbangkan dan menyemak semula ujian kelayakan untuk golongan wanita supaya penyertaan ini dapat diteruskan pada masa depan.

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

2 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

2 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

2 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

2 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

2 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

2 months ago