Inkues Adib: FRU tidak terima arahan surai perusuh

HAH ALAM – Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tidak dapat menyuraikan perusuh semasa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya 27 November lalu kerana tidak mendapat arahan pihak atasan.

Saksi ke-21 yang merupakan Pegawai Penjaga Unit 1A FRU Cheras, Asisten Superintendan Shuhaimi Yaakub berkata, FRU bertugas mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan Public Order Manual iaitu FRU merupakan pasukan bantuan untuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Menurutnya, FRU sepatutnya diberi taklimat untuk terus bersiap sedia atau mengambil tindakan.

“Selepas tidak dapat menghubungi Ketua Polis Daerah, saya menghubungi Pegawai Medan yang dilantik IPD Subang Jaya iaitu Deputi Superintendan Nasir dan diberitahu untuk siap sedia,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad tadi.

“Superintendan Jefri ada berhubung dengan Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi gagal dan menghubungi timbalannya dan arahan diterima adalah standby (siap sedia).

Berikut sedikit sesi soal jawab antara Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dan Mohd. Suhaimi.

Hamdan : Kenapa FRU tidak ambil tindakan?

Shuhaimi : Dalam SOP dan garis panduan Public Order Manual, sebarang tindakan yang perlu diambil untuk menangani rusuhan hendaklah melaporkan kepada IPD. Saya bersama Pegawai Pemerintah Unit 1, Superintendan Jefri Muhammad dan beliau menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi gagal dan akhirnya dapat menghubungi Timbalannya dan diarahkan siap sedia.

Hamdan : Apakah yang ada dalam Public Order Manual?

Shuhaimi : Dalam public order manual bahagian ke-24, perenggan ke-19 menjelaskan bahawa tugas dan tindakan FRU sebagai pasukan simpanan bantuan untuk mengambil tindakan melalui arahan pegawai polis yang ditetapkan. Jika bantuan diberi kepada IPD, kami perlu merujuk sama ada ketua polis daerah atau pegawai kanan polis yang diberi kuasa oleh ketua polis daerah. – Kosmo ONLINE


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories