Ini Mungkin Rekaan Apple iPhone Terbaru Keluaran Tahun Ini

Sudah menjadi trend pada telefon pintar kini dimana gambar dan rekaan rasmi telefon pintar diketahui lebih awal buat para pengguna sebelum pelancaran rasmi. Pada kali ini, giliran Apple iPhone keluaran 2019 pula yang tampil dengan rekaan terbaru setelah dua tahun mengekalkan rekaan yang sama.

Perubahan yang ditawarkan pada kali ini sudah pastinya pada bahagian kamera dimana Apple buat pertama kalinya dikhabarkan bakal mengeluarkan iPhone dengan tiga kamera.  Difahamkan kamera ketiga yang disertakan pada kali ini merupakan kamera 3D TOF. Ura-ura ini dikuatkan lagi melalui laporan Bloomberg dimana Apple sedang membangunkan sensor 3D sekitar beberapa tahun yang lalu.

Apple iPhone terbaru dijangka bakal diperkenalkan pada September ini. Pastinya lebih banyak kejutan dan perubahan terbaru yang bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi. Setakat ini masih belum diketahui apakah nama rasmi bagi model terbaru Apple iPhone keluaran tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories