Categories: Berita SemasaBlog

Ingatkan Saja-Saja, Tak Pernah Terfikir Kenapa Kapal Terbang Semua Ada Warna Putih

Kapal terbang merupakan medium pengangkutan bagi membawa penumpang dalam jarak yang jauh sama ada di dalam negeri atau ke luar negeri.

Namun, sedarkah anda bahawa kapal terbang kebanyakannya berwarna putih. Benar, kapal terbang sememangnya mempunyai warna yang lain bagi hiasan jalur dan nama yang berbeza tetapi warna asasnya tetap berwarna putih.

Pesawat kapal terbang kebiasaannya berwarna putih adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara salah satu faktor yang menyebabkan pesawat berwarna putih kerana warna tersebut mempunyai kelebihan termal. Melalui kelebihan termal ini, proses pemeriksaan pada pesawat adalah lebih mudah untuk mengesan keretakan dan penyok. Warna putih merupakan pemantul cahaya yang paling berkesan di mana ia boleh mencerminkan hampir semua cahaya yang menimpa ke atasnya.

Selain itu, warna putih juga dapat mengurangkan serapan haba terhadap badan pesawat. Disebabkan pesawat berada di udara dan lebih dekat dengan cahaya matahari, suhu panas akan lebih cepat terperangkap terhadap pesawat tersebut. Oleh yang demikian, warna putih dapat mengelakkan pembentukan haba berbanding warna lain yang lebih gelap.

Pesawat yang berwarna putih juga akan membantu mengesan hakisan dan kebocoran minyak yang berlaku. Ianya sangat baik kerana kerosakan seperti kebocoran minyak sangat penting untuk dibaiki sebelum melakukan penerbangan. Pesawat yang berwarna putih juga akan memudahkan untuk mengesan pesawat yang terlibat dalam kemalangan terutamanya pada waktu malam mahupun di dalam air yang dalam. Perkara ini kerana warna putih adalah lebih mudah untuk dilihat berbanding warna yang lain.

Antara faktor lain pesawat kapal terbang hadir dengan warna putih adalah kerana tidak melibatkan kos yang mahal. Tambahan lagi, pelbagai variasi warna yang terdapat pada badan pesawat akan menambahkan beratnya. Warna putih juga tidak mudah pudar memandangkan pesawat kapal terbang sering terdedah kepada pelbagai keadaan atmosfera di udara.

Walaupun begitu, terdapat juga kapal terbang yang berwarna selain warna putih. Ianya juga hadir bersama beberapa faktor dan antaranya bagi mempamerkan imej sesuatu jenama.

Share
Published by
Mimi Haris

Recent Posts

Prototaip Kereta Terbang Dilancar Oktober 2019

Model prototaip kereta terbang pertama Malaysia akan dilancarkan kepada awam pada Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan… Read More

3 months ago

Anggota Polis Dan Anak Dikhuatiri Lemas

Seorang anggota polis dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang terjatuh ke dalam Sungai Muar, di jeti berhampiran Istana… Read More

3 months ago

Sebab Trak Bomba Dicat Warna Merah

Kebakaran sering terjadi tidak kira sama ada pada bangunan, hutan, kenderaan dan pelbagai lagi disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kebakaran besar… Read More

3 months ago

Tempoh permohonan rayuan BSH 2019 dibuka mulai hari ini

PUTRAJAYA: Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos 2019. Kementerian… Read More

3 months ago

Baru dua jam sekolah dibuka…

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan… Read More

3 months ago

Huawei: Trump buat ‘U turn’

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China… Read More

3 months ago