Hati-hati Semua Pengguna Myvi Baru! Tayar Kereta Anda Tarikan Pencuri Sekarang

Manusia zaman sekarang suka mencari rezeki yang haram dan menyusahkan orang. Kes kecurian tayar semakin menjadi-jadi bukan sahaja di Putrajaya tetapi turut berlaku di Pulau Pinang.

Dikatakan kecurian ini dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana modus operandi yang digunakan adalah lebih kurang.

Bagaimana mereka curi tayar kereta Myvi ni?

Senang sahaja, Myvi itu dinaikkan ke atas batu bata sebelum tayarnya dicuri dalam masa beberapa minit sahaja. Untuk mengelak perbuatan mereka dihidu, pencuri tersebut memilih untuk melakukannya di kawasan parkir kondominium dan flat, terutama yang tidak mempunyai kamera CCTV.

Namun begitu, ada juga pemilik kereta Myvi berkata kereta mereka diletakkan di pinggir jalan dan tayar mereka tetap dicuri. Polis menasihatkan agar mangsa membuat laporan agar pihak polis dapat memantau dan membuat siaatan segera.

Pekerja kedai tayar ada menyatakan tayar lama Myvi berharga dalam lingkungan RM350 untuk empat unit. Jika tayar baru, kosnya boleh mencecah hampir RM1000 bergantung kepada jenama tayar.

Semua pemilik kereta dinasihatkan untuk menggunakan kunci skru tayar bagi menyukarkan kerja-kerja pencuri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories