Dilarang Bawa Bunga Untuk Pesakit Kanser: Arah Institut Kanser Negara

Dilarang Bawa Bunga Untuk Pesakit Kanser: Arah Institut Kanser Negara 1

Satu notis telah dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara untuk melarang pengunjung membawa masuk bunga segar di wad.

Dilarang Bawa Bunga Untuk Pesakit Kanser: Arah Institut Kanser Negara 2

Mengapakah bunga segar tidak dibenarkan dibawa ke wad pesakit? Bukankah bunga ini dapat menaikkan emosi pesakit?

Untuk makluman, pesakit di pusat kanser adalah terdiri daripada pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi. Pesakit-pesakit ini mempunyai tahap ketahanan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Oleh itu, bunga hidup yang boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kulat tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam wad untuk mengelakkan jangkitan.

Amalan ini bukan suatu perkara yang baru. Di United Kingdom 9 daripada 10 hospital melarang pengunjung membawa bunga segar semasa melawat pesakit.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa ya?

Dilarang Bawa Bunga Untuk Pesakit Kanser: Arah Institut Kanser Negara 3

Ini untuk mengelakkan masalah alahan di kalangan pesakit. Debunga dari bunga (terutamanya bunga lily) boleh menyebabkan sesetengah individu mengalami alaham teruk dan menyebabkan serangan asma.

Walau bagaimanapun, saranan ini juga mendapat respon yang berbeza dari pakar lain. Menurut Prof Hugh Pennington, pakar Microbiologist, risiko jangkitan agak rendah, bunga dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit.

Pendapat ini juga disokong oleh seorang ahli psikologist, Emma Kenny yang menyebut terdapat banyak kajian yang membuktikan impak bunga kepada psikologi seseorang individu.

Lepas ni boleh take note ye kalau nak ke hospital melawat orang tu. Kalau demam je boleh la nak bawak sekebun bunga pun hihi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Main Menu