Cuti Raya Bomba Beku

Cuti Raya Bomba Beku 1

Theniaga, 13/5/2019 – Alah bisa tegal biasa, inilah yang dihadapi oleh semua anggota keselamatan kita setiap kali menjelang cuti perayaan termasuklah anggota bomba.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia hanya membenarkan 20 peratus daripada lebih 14,000 pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Anggota selebihnya akan bertugas pada musim perayaan ini berdasarkan syif kerja ditetapkan.

Seperti kebiasaan JPBM tidak berikan cuti lebih daripada 20 peratus, bermakna pegawai dan anggota yang telah bercuti tahun lepas tak boleh bercuti tahun ini.

Anggota Bomba akan mengadakan rondaan di lokasi-lokasi tertentu selain mempergiatkan lebih banyak kempen tentang keselamatan terutama sekali berkenaan kebakaran sempena musim perayaan ini.

Bukan itu saja pegawai kanan yang pulang bercuti di kawasan kampung halaman masing-masing juga perlu singgah ke balai bomba terdekat bagi memberikan motivasi buat anggota yang bertugas selain menyemarakkan suasana perayaan.

Sumber : Bernama

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Main Menu