Categories: Berita Semasa Blog

Bapa, anak maut kemalangan bertembung sesama sendiri


Lokasi kemalangan di Jalan Stesen Keretapi, Kampung Jeram, Kubang Pasu

KUBANG PASU: Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas bertembung sesama sendiri dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Stesen Keretapi, Kampung Jeram, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, Ahmad Tarmizi Kadir, 50, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Akhmal Ahmad Tarmizi, 16, meninggal dunia di Hospital Jitra selepas tercampak ke sawah.

Sepupu mangsa, Mohd Ridzuan Fadzil, 28, yang membonceng bersama Ahmad Tarmizi pula cedera ringan, sementara seorang lagi penunggang wanita berusia 40 tahun bersama anak perempuannya berusia empat tahun terselamat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila dua motosikal dari arah sama bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan yang hilang kawalan dan memasuki laluan terbabit.

Katanya, nahas berlaku apabila motosikal ditunggang Honda Muhammad Akhmal hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Modenas Kriss ditunggang bapanya yang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Motosikal Honda ditunggang wanita bersama anaknya pula berada di belakang Ahmad Tarmizi turut terbabas selepas gagal mengelak.

“Bapa meninggal dunia di tempat kejadian sementara anaknya meninggal dunia di hospital. Mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Rosmima Harim, 49, berkata dia hanya mengetahui suaminya terbabit dalam kemalangan selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya.

“Sebaik tiba saya lihat suami sudah ditutup dengan kain manakala motosikal suami berkecai dan perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan.

“Malah lutut menjadi lembik apabila rakan anak memberitahu Kemal (Akhmal) juga terbabit dalam kemalangan itu dan tercampak ke dalam sawah selepas bertembung sesama sendiri,” katanya.

Kredit: Berita Harian

Recent Posts

  • Berita Semasa
  • Blog

Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad

Kecoh baru-baru ini di media sosial yang mengatakan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengubah logo pasukan keselamatan tersebut dengan… Read More

13 hours ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Butang logo PDRM tak boleh jual online

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat yang menjual butang baju Melayu tertera logo pasukan keselamatan… Read More

15 hours ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Perangai bukan macam pelajar

KUALA LUMPUR: Kehadiran pendatang dari benua Afrika di beberapa kawasan tumpuan menggusarkan penduduk yang mendakwa mereka sering menyebabkan gangguan ketenteraman… Read More

6 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

30 gerai di Jalan Masjid India terbakar

Kebakaran di gerai di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat… Read More

6 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Kapten pencuri beg mewah

PEGAWAI tentera berpangkat kapten ditahan, Khamis lalu, selepas memecah masuk sebuah kedai menjual beg tangan berjenama di pusat beli-belah di… Read More

7 days ago
  • Berita Semasa
  • Blog

Cadang potong gaji bantu anak yatim

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) bercadang membuat pemotongan gaji kakitangan secara sukarela untuk disalurkan kepada Yayasan ATM bagi membantu anak yatim… Read More

7 days ago