Anggota TLDM Maut Tak Sempat Berbuka

8/5/2019 – Sayu… Setiap kali tiba bulan Ramadan, waktu berbuka puasa bersama keluarga paling dinantikan setelah masing-masing sibuk dengan tugasan seharian.

Namun ajal menemui seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ahmad Syahizi Rashid Minkahar apabila hasratnya untuk berbuka berpuasa bersama keluarga tidak kesampaian.

Arwah yang berusia 21 tahun itu maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 415 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Lembah Beringin, Hulu Selangor, tengahari semalam.

Arwah dipercayai dalam perjalanan dari Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk pulang ke rumah keluarganya di Melaka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Upacara mengusung jenazah turut dilakukan oleh sekumpulan pegawai TLDM di kampung Allahyarham di Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka jam 2.40 pagi tadi.

Kredit : Oh My Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories