3 suspek kes Sungai Kim Kim didakwa

Johor Bahru: Tiga suspek kes pembuangan bahan kimia beracun di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang 7 Mac lalu dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini pagi ini.

Mereka tiba dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.04 pagi tadi.

Polis sebelum ini menahan lapan suspek dalam siasatan kes berkenaan.

Pencemaran berkenaan mengakibatkan hampir 4,000 penduduk sekitar Pasir Gudang mendapat rawatan kesihatan, manakala semua institusi pendidikan di daerah berkenaan ditutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shop By Categories